Paul Van Himst
Paul Van Himst

Paul Van Himst

Paul Van Himst (lahir 2 Oktober 1943) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penyerang. Meskipun telah bersara, beliau tetap menyokong bekas kelabnya, R.S.C. Anderlecht.Van Himst memenangi Divisyen Pertama Belgium sebanyak lapan kali dan kesemua itu ketika beliau beraksi untuk Anderlecht. Bersama Anderlecht, beliau telah bermain sebanyak 456 perlawanan dan sempat menjaringkan 233 gol. Beliau juga bermain untuk RWDM dan Eendracht Aalst.Beliau merupakan penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Belgium bersama Bernard Voorhoof dengan menjaringkan 30 gol (dalam 81 perlawanan). Beliau membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada 19 Oktober 1960 menentang Sweden. Beliau juga membantu skuad Belgium menduduki tempat ketiga pada Euro 1972.Ketika menjadi pengurus, beliau berjaya membawa Belgium ke Piala Dunia 1994.Isteri beliau, Arlette Neckebroeck, meninggal dunia pada 4 Disember 2013.[1]